Kata Ulama:
Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan
Imam Hasan Al-Basri adalah salah seorang daripada Ulama’ terkemuka dari kalangan Tabi’in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Beliau lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642masihi, dan dijaga oleh isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu salamah ummahatul mukminin.
Beliau pernah dibawa oleh ummu salamah ke majlis para sahabat, dan Umar Al-khattab Radhiallahu anhu mendoakannya; “Ya Allah, jadikanlah Dia faham agama dan jadikan orang-orang mencintainya”.
Imam Hasan Al-Basri menduduki Iraq iaitu di kota Basrah disanalah berkembangnya ilmu fiqh yang hebat. Kata-katanya sering dijadikan teladan ummat yang terkemudian, diantaranya:
Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebahagian dari diri kalian pun ikut pergi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar